Wednesday, April 15, 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER


SMK TELOK MAS


Pusat Sumber Sekolah SMK Telok Mas mempunyai sejarah perkembangannya tersendiri. Perkembangannya adalah seiring dengan perkembangan sekolah ini yang memulakan sesi persekolahannya pada tahun 2002. PSS SMK Telok Mas terletak di tingkat atas bangunan tiga tingkat. Pada awal penubuhannya koleksi bacaan dan buku-buku yang ada adalah sangat terhad jumlahnya. Namun hasil sumbangan individu seperti guru-guru dan tuan pengetua sendiri telah dapat menambahkan koleksi buku dan bahan bacaan yang ada.

Fungsi PSS dalam merangsang aktiviti P&P semakin menonjol. Pada tahun 2003 guru-guru mula menggunakan kemudahan BBM sepeti televisyen, OHP dan bilik tayang untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, PSS digunakan untuk aktiviti NILAM yang wajib bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Walaupun masih dalam usia yang terlalu muda, PSS SMK Telok Mas, semakin matang dalam memenuhi keperluan warga SMK Telok Mas dan pelajar-pelajar khususnya. Pada tahun 2004, PSS terus mengorak langkah untuk mempertingkatkan funsinya bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti. Dua unit ditubuhkan iaitu Bilik Warisan dan unit ‘Red Spot’ sebagai tambahan unit yang sedia ada. Sehingga ke hari ini, PSS SMK Telok Mas akan terus maju ke hadapan dan memainkan peranannya dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment